Followers

Tuesday, 19 September 2017

PIZZA ROTI GARDENIA

Bahan-bahan :
Roti Gardenia
Keju
Sosej dicelur
Cendawan - potong kecil dan celur
Sos spagetti (jika tiada, sos cili biasa)
Bawang Merah potong halus
Cili besar - potong halus
Daun parsley
Cara-cara membuat :
1. Sapu roti dengan sos spagetti atau sos cili.
2. Kemudian letak semua bahan-bahan yang telah dipotong tadi.
3. Setelah sesuai disusun semuanya, barulah letakkan keju diatas dan bakar dalam oven atau kuali dengan api sederhana.

SOTONG BAKAR BERSAMBAL


Bahan-bahannya
Sotong (saiz besar)
10 tangkai lada kering - dikisar
4 ulas bawang kecil
1 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
4 biji buah keras
1 batang serai
2 sudu besar sos tiram
air asam jawa -secukupnya
garam dan gula
Sedikit minyak masak
Cara2:
1. Sotong dibersihkan dan dikelar (tidak putus)
2. Kisar semua bahan (lada, bawang. buah keras dan serai)
3. Masukkan sos tiram dan air asam jawa.
4. Perasakan garam dan gula dan akhir sekali masukkan minyak masak
5. Ratakan sambal ke atas pemanggang letakkan sotong dan tutup permukaan sotong dengan lebihan sambal.
6. Masaklah lebih kurang 5 -6 minit, untuk keringkan air saya buka tutup pemanggang dan teruskan memanggang (balik2kan sotong) sehingga masak. jgn terlalu lama kerana sotong akan menjadi liat.

BEBOLA AYAM CHEESE

Bahan-bahan :
Daging ayam kisar
Daun bawang
3 ulas bawang merah (kisar)
2 ulas bawang puting (kisar)
Serbuk paprika
Garam secukup rasa
Biskut cracker (untuk lapisan luar.. kruk kruk kruk)

Cara memasak :
1. Masukkan daging ayam kisar ke dalam mangkuk.
2. Masukkan daun bawang.
3. Letakkan bawang merah & bawang putih yang dikisar.
4. Letakkan serbuk paprika.
5. Garam secukup rasa. Gaul sebati.
6. Hancurkan biskut cracker.
7. Leperkan bahan yang digaul sebati tadi. Masukkan cheese. Kemudian bulatkkan (Kepal).
8. Golekkan atas bickut.
9. Gorengkan. Siap!
10. Cicah dengan sos!


https://www.facebook.com/248341095617544/videos/pcb.339981776453475/339981646453488/?type=3&theater