Followers

Tuesday, 19 September 2017

PIZZA ROTI GARDENIA

Bahan-bahan :
Roti Gardenia
Keju
Sosej dicelur
Cendawan - potong kecil dan celur
Sos spagetti (jika tiada, sos cili biasa)
Bawang Merah potong halus
Cili besar - potong halus
Daun parsley
Cara-cara membuat :
1. Sapu roti dengan sos spagetti atau sos cili.
2. Kemudian letak semua bahan-bahan yang telah dipotong tadi.
3. Setelah sesuai disusun semuanya, barulah letakkan keju diatas dan bakar dalam oven atau kuali dengan api sederhana.

SOTONG BAKAR BERSAMBAL


Bahan-bahannya
Sotong (saiz besar)
10 tangkai lada kering - dikisar
4 ulas bawang kecil
1 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
4 biji buah keras
1 batang serai
2 sudu besar sos tiram
air asam jawa -secukupnya
garam dan gula
Sedikit minyak masak
Cara2:
1. Sotong dibersihkan dan dikelar (tidak putus)
2. Kisar semua bahan (lada, bawang. buah keras dan serai)
3. Masukkan sos tiram dan air asam jawa.
4. Perasakan garam dan gula dan akhir sekali masukkan minyak masak
5. Ratakan sambal ke atas pemanggang letakkan sotong dan tutup permukaan sotong dengan lebihan sambal.
6. Masaklah lebih kurang 5 -6 minit, untuk keringkan air saya buka tutup pemanggang dan teruskan memanggang (balik2kan sotong) sehingga masak. jgn terlalu lama kerana sotong akan menjadi liat.

BEBOLA AYAM CHEESE

Bahan-bahan :
Daging ayam kisar
Daun bawang
3 ulas bawang merah (kisar)
2 ulas bawang puting (kisar)
Serbuk paprika
Garam secukup rasa
Biskut cracker (untuk lapisan luar.. kruk kruk kruk)

Cara memasak :
1. Masukkan daging ayam kisar ke dalam mangkuk.
2. Masukkan daun bawang.
3. Letakkan bawang merah & bawang putih yang dikisar.
4. Letakkan serbuk paprika.
5. Garam secukup rasa. Gaul sebati.
6. Hancurkan biskut cracker.
7. Leperkan bahan yang digaul sebati tadi. Masukkan cheese. Kemudian bulatkkan (Kepal).
8. Golekkan atas bickut.
9. Gorengkan. Siap!
10. Cicah dengan sos!


https://www.facebook.com/248341095617544/videos/pcb.339981776453475/339981646453488/?type=3&theater

KEBAB TELUR + SOSEJ + CHEESE

Bahan-bahan :
2 biji telur
2 sosej
1 keping cheese
Secubit garam
Sos cili
Minyak

Cara memasak :
1. Pecahkan telur & masukkan garam. Kacau.
2. Panaskan kuali, masukkan sedikit minyak.
3. Masukkan telur & buat ala-ala lempeng. Tunggu sehingga ia nampak masak sedikit,
4. Masukkan sosej. Kemudian cheese.
5. Alihkan atau balut bahan dengan telur. (Ala kebab)

6. Tunggu sekejap. Siap! Letakkan sos cili.



BENGKANG ROTI


Bahan-bahan :
Roti Gardenia 7 keping
1 Cawan Santan *
1 Cawan Susu Segar *
1 Cawan Gula *
1 Cawan Air masak 3 bji Telur (size c)*
1 Cawan Tepung gandum *
1 sudu kecil esen vanila*
Secubit garam*
Mentega secukupnya untuk sapu sekeliling loyang (kalau saya loyang lapik kertas minyak senang nak keluarkan bengkang nanti)


Cara-cara memasak :

1. Rendam roti yang dah di carik-carik ke dalam air masak 1 cawan tadi ke dalam mangkuk besar. (Tekan2 roti tadi sampai meresap air. Rendam 10 minit sampai kembang.
2.Blender semua bahan yang bertanda * 2 minit masukkan bahan Blender ke dalam mangkuk yang berisi roti tadi kacau-kacau rata.
3. Tuangkan kesemua bahan-bahan tadi ke dalam loyang yang telah di sapu mentega.
4. Bakar dalam oven api atas bawah suhu 180 °c (ikut kesesuaian oven masing) selama 40 hingga 50 minit.

Siap!