Followers

Sunday, 22 May 2016

PISANG TALLAM MEK



Bahan-bahan:


-Pisang raja (anggaran 10 biji) 
-Telur ayam 
-Kacang tanah yang sudah digoreng
-2sb gula pasir 
-2sb mentega

Cara-cara memasak:


1. Salutkan pisang dengan telur

2. Goreng bersama minyak dalam api yang sederhana.

3. Goreng sehingga warna pisang bertukar jadi seperti dalam gambar.

4. Gunakan garpu untuk membelah tengah pisang tapi jangan sampai putus pisang tu.

5. Didalam mangkuk berasingan campurkan Kacang tanah yang dikisar kasar, bersama gula ( tak perlu dikisar) dan mentega untuk dijadikan inti 

6. Sumbatkan inti tadi kedalam belahan pisang

7. Siap!

KENTANG PUTAR ALA KFC


Bahan untuk kentang:

10 biji kentang di buang kulit dan di potong kiub besar
1sk lada hitam di tumbuk halus
1/2 cawan fresh milk
garam secukup rasa

Cara-cara memasak:

1. Rebus kentang dgn sedikit garam.
2. Setelah empuk toskan air dan tumbuk sedikit bagi hancur.
3. Kemudian guna hand mixer putar sehingga kentang jadi halus.
4. Sambil putar, sambil masukkan garam, lada hitam dan susu secukupnya.

Bahan untuk sos:

650 ml air
5 sudu besar stok ayam (sy guna brand Maggi)
1 biji bawang besar - cincang
1 batang saderi - cincang
40 gm mentega
20 gm tepung gandum/jagung
1 sudu besar sos tomato
1 sudu besar sos tiram
sedikit serbuk lada hitam
kicap pekat
garam secukup rasa

Cara-cara memasak:
1. Masak air dengan stok ayam,saderi dan bawang besar hingga mendidih. Renihkan dalam 10 minit. Tapis ke dalam mangkuk.
2. Cairkan mentega dan masukkan tepung gandum. Kacau atas api kecil hingga tak melekat pada tepi periuk.
3. Tuang air rebusan sedikit demi sedikit sambil dikacau supaya tak bergentel.
4. Masukkan sos tomato dan sos tiram, juga beberapa titik kicap pekat (kicap utk bagi warna). Masukkan juga serbuk lada hitam dan garam. Masaklah ikut pekat mana yg disukai. Rasa dulu baru letak garam sbb stok ayam dan sos tiram dah masin.

Saturday, 21 May 2016

ROTI SOSEJ DAN KEPINGAN KETAM

Bahan-bahan:

1 keping roti canai segera
1 mangkuk keju parmesan
1 butir kuning telur
1 batang hot dog
1 batang isi ketam

Cara-cara memasak:


1. Potong kepada empat bahagian roti canai segera.



2. Ambil sosej dan potong kepada dua bahagian.


3. Potong isi ketam.


4. Ambil roti canai segera dan balutkan ia bersama keju parmesan dan  sosej yang telah dibelah dua. Anda boleh selitkan sekali isi ketam atau buat asing.


5. Gunting bahagian atas untuk memberi ruang doh roti canai segera ketika dibakar.


6. Sapukan dengan sedikit kuning telur sebelum dibakar di dalam ketuhar selama 5 ke 8 minit.


7. Siap!

PUDING MILO OREO


Bahan-bahan:

1 bungkus agar-agar

4 cawan air
1 cawan gula
1 tin susu cair
3/4 cawan Milo
1 bungkus oreo (patah-patahkan, biarkan dengan cream)

CARA-CARA:
  1. Masak agar-agar hingga larut.
  2. Masukkan gula dan masak hingga gula hancur.
  3. Tambahkan susu cair dan kacau hingga mendidih.
  4. Asingkan 2 cawan ke dalam periuk lain dan campurkan dengan milo.
  5. Kacau adunan hingga sebati.
  6. Ambil 1 cawan adunan agar-agar milo dan tuangkan ke dalam acuan.
  7. Baki adunan milo dipanaskan dengan api kecil supaya tidak mengeras.
  8. Tunggu sehingga adunan milo dalam loyang keras sedikit ( tapi masih suam) cucuk atau toreh adunan milo dgn garfu, supaya adunan seterusnya melekat).
  9. Dengan berhati-hati tuangkan adunan putih (susu)
  10. Tuang pada bahagian tepi kerana bahagian tengah masih lembut.tuang dengan sudu sedikit demi sedikit.
  11. Kemudian susun oreo yang telah dipatahkan.
  12. Biarkan lapisan putih mengeras sedikit. lakukan proses yang sama toreh permukaan dengan garfu.
  13. Akhir sekali tuangkan baki lapisan milo.
  14. Biarkan sejuk dlm peti ais.
  15. Potong & hidangkan.

Monday, 16 May 2016

NASI AYAM SIMPLE


1.
Didihkan air dalam periuk & masukkan ayam yang telah dibasuh bersih. Rebus ayam sehingga bertukar warna menjadi putih. Bila dah jadi warna putih, asingkan ayam.

Air rebusan ayam tadi. Jangan buang banyak kegunaan nanti.

2.
Bahan-bahan untuk nasi ayam (untuk 2 orang makan):

1. 2 ulas bawang merah
2. 2 ulas bawang putih
3. 1 inci halia
4. 2 helai daun pandan
5. 1 kiub pati ayam
6. Sedikit butter - saya masak jenis x sukat so kalau awak nak masak boleh la guna butter dalam 2 - 3 sudu macam tu bergantung pada bilangan hidangan


3.
Bahan-bahan untuk ditumis:

1. Bawang merah
2. Bawang putih
3. Halia 
4. Butter

4.
1. Panaskan sedikit minyak masak
2. Cairkan butter
3. Masukkan bahan-bahan tadi - tumis sehingga bertukar warna
4. Masukkan tumisan ini di dalam periuk nasi yang berasnya sudah dibasuh. Selepas itu boleh letak daun pandan, kiub ayam & sedikit serbuk kunyit untuk warna nasi kuning

5.
Setelah bahan-bahan tadi digaul, letak dalam rice cooker & masak.

6.
Bahan-bahan untuk sambal:

1. 1 cili besar
2. 7 ulas cili padi (lebihkan kalau nak lagi pedas)
3. 1 biji tomato
4. 3 senduk air rebusan ayam

7.
1. Potong bahan-bahan sebelum dimasukkan dalam blender
2. Masukkan 3 senduk air rebusan ayam
3. Blender sehingga sebati & hancur

8.
1. Cili yang di blend tadi dimasak di atas dapur
2. Campurkan gula, garam, air, sedikit cuka
3. Season to taste
4. Masak sehingga sedikit pekat lepas tu tutup api

9.
Bahan-bahan untuk perap ayam:

1. Kicap manis
2. Sos tiram
3. Madu

Gaul semua bahan-bahan di atas bersama dengan ayam yang direbus tadi. Saya tak tambah garam sebab sos tiram dah masin. Kuantiti tu saya agak-agak saja. Sorry memang tak reti nak sukat-sukat ni.tongue emoticon

Bila dah sebati perap selama 1 jam. Kadang-kadang bila nak cepat perap selama 30 minit pun dah ok tapi lagi lama perap lagi best grin emoticon

Kicap perapan tu jangan dibuang. Tuangkan dalam mangkuk sebab ianya akan diguna untuk makan bersama nasi nanti


10.
Panaskan minyak sehingga betul-betul panas. Perlahankan api & masukkan ayam yang diperap tadi. Goreng dalam 3 - 5 minit macam tu sehingga bertukar warna koko.

11.
Sup ayam:

1. Air rebusan ayam tadi
2. Sup Bunjut
3. 1 kiub ayam
4. Sedikit garam
5. Season to taste


Hasil ayam goreng, sambal & sup.

12. Siap!

DESSERT SAGU VIRAL


Bahan-bahan:
Cup plastik
Sagu
Pati sirap
Gula merah
Susu cair

Cara buat:
1. Masak air gula merah.
Agak-agak sendiri saja banyak mana. Nak buat banyak, masak la banyak-banyak. Kalau nak buat setakat 4-5 cup, 5 senduk cukup dah. Masak sampai mendidih. Sampai tiada ketul-ketul gula merah. Sampai pekat. Dah mendidih, nampak pekat, likat, biar sebentar  dalam 15 minit. Bila sudah agak sejuk sikit, tuang sikit dalam cup plastik. Jangan terlalu banyak sangat.
2. Masak sagu.
Didihkan air dulu, lepas tu bubuh pati sirap. Selepas air dah mendidih, masukkan sagu & kacau dalam seminit dua. Tutup api dapur & bila dah agak kembang sagu tu, tuang terus dalam cup yang di isi air gula merah tadi.
3. Susu cair
Dah selesai, sejukkan dahulu & baru tuang susu cair. Tutup cup tadi, lepas tu letak dalam peti ais.
4. Siap terhidang & boleh dimakan. 

Monday, 2 May 2016

RESEPI KEBAB SIMPLE TAPI SEDAP


Bahan-bahan:
✔️ Daging burger
✔️ Bawang holland
✔️ Timun potong dadu
✔️ Ceret merah lupa nak ambil pic
✔️ Pita apa saja jenis jenama boleh

1. Sediakan roti pita dibelah dua

2. Daging burger dicincang halus

3. Tumis bawang holland
4. Masuk daging cincang dan lada hitam ditumbuk

5. Masukkan timun ceret sos cili mayonis kicap manis sikit gaul rata.. hingga nampak masak

6. Dalam pita masukkan mayonis dan sos. Lepas tu sumbatkan inti yang kita masak tadi.

DONE!

RUSSIAN BLACK AND WHITE CAKE


Bahan Kek :

2 cawan gula kastor
1 3/4 cawan tepung
1 cawan serbuk koko
1 1/2 sudu teh baking powder
1 1/2 sudu teh soda bikarbonat
2 biji telur
1 cawan susu cair
1/2 cawan minyak masak
2 sudu teh esen vanilla
1 cawan air

Cara :
1. Putar telur dan gula hingga kembang.
2. Masukkan susu, air, minyak, esen vanilla dan air, putar sebati.
3. Campurkan semua bahan kering,gaul sebati.
4. Alas loyang dengan kertas minyak
5. Sediakan 4 loyang dan tuang adunan sama banyak.
6. Bakar 170'c selama 20 minit setiap loyang.( ikut oven msng2 )
7. Biarkan 10minit sejuk baru keluarkan dari loyang.

Bahan Filling Coklat Cream Cheese :
125g coklat masakan
250g cream cheese
50g gula kastor
5 sudu besar susu cair

Cara :1. Cairkan coklat cara double boiler.
2. Putar cream cheese, gula, susu dan coklat hingga lembut.

Bahan Filling Cream Cheese :
250g cream cheese
1/4 cwn gula kastor
1 sudu teh esen vanilla

Cara :
1. Campurkan semua bahan putar hingga lembut.

Bahan Coklat Ganache :
1 cawan coklat chip
1 cawan whipping cream

Cara :
1. Cairkan coklat cara double boiler
2. Putar whipping cream hingga lembut.
3. Tuang coklat dan gaul sebati.

Cara Melapis :1. masukkan coklat cream cheese dan cream cheese dalam piping bag.
2. Ambil 1 keping kek dan paip coklat cream cheese berbentuk bulatan.
3. Kemudian diselang dengan cream cheese.
4. Ambil 1 keping kek lapis pada kek tadi dan paip cream cheese berbentuk bulatan.
5. Kemudian paip pula coklat cream cheese.
6. Ulang langkah hingga habis.
7. Bila dah siap melapis paip cream cheese pada seluruh kek dan ratakan.
8. Akhir sekali curah dengan coklat ganache.
9. Simpan sebentar dalam peti sejuk.

SPAGHETTI CARBONARA TANPA SOS PREGO


Bahan-bahan :


️ Olive Oil
️ Chesdale

️ Susu segar
️ Spaghetti
️ Kiub ayam
️ Tepung jagung
️ Sosej
️ Lada benggala
️ Bawang putih


Cara-cara memasak :

1. Panaskan minyak menggunakan Olive oil. Kemudian masukkan bawang putih yang diketuk

2. Masukkan sosej dan lada benggala yang telah dipotong

3. Masukkan susu Dutch Lady

4. Tunggu mendidih dan masukkan 2 sudu tepung jagung untuk bagi pekat


5. Masukkan keju dan kacau sehingga sebati

6. Perisakan dengan kiub ayam

7. Masukkan spaghetti yang telah dimasak.

DONE!