Bahan-bahan:
1 bungkus agar-agar
4 cawan air
1 cawan gula
1 tin susu cair
3/4 cawan Milo
1 bungkus oreo (patah-patahkan, biarkan dengan cream)
CARA-CARA:
- Masak agar-agar hingga larut.
- Masukkan gula dan masak hingga gula hancur.
- Tambahkan susu cair dan kacau hingga mendidih.
- Asingkan 2 cawan ke dalam periuk lain dan campurkan dengan milo.
- Kacau adunan hingga sebati.
- Ambil 1 cawan adunan agar-agar milo dan tuangkan ke dalam acuan.
- Baki adunan milo dipanaskan dengan api kecil supaya tidak mengeras.
- Tunggu sehingga adunan milo dalam loyang keras sedikit ( tapi masih suam) cucuk atau toreh adunan milo dgn garfu, supaya adunan seterusnya melekat).
- Dengan berhati-hati tuangkan adunan putih (susu)
- Tuang pada bahagian tepi kerana bahagian tengah masih lembut.tuang dengan sudu sedikit demi sedikit.
- Kemudian susun oreo yang telah dipatahkan.
- Biarkan lapisan putih mengeras sedikit. lakukan proses yang sama toreh permukaan dengan garfu.
- Akhir sekali tuangkan baki lapisan milo.
- Biarkan sejuk dlm peti ais.
- Potong & hidangkan.

No comments:
Post a Comment