Followers

Monday, 16 May 2016

NASI AYAM SIMPLE


1.
Didihkan air dalam periuk & masukkan ayam yang telah dibasuh bersih. Rebus ayam sehingga bertukar warna menjadi putih. Bila dah jadi warna putih, asingkan ayam.

Air rebusan ayam tadi. Jangan buang banyak kegunaan nanti.

2.
Bahan-bahan untuk nasi ayam (untuk 2 orang makan):

1. 2 ulas bawang merah
2. 2 ulas bawang putih
3. 1 inci halia
4. 2 helai daun pandan
5. 1 kiub pati ayam
6. Sedikit butter - saya masak jenis x sukat so kalau awak nak masak boleh la guna butter dalam 2 - 3 sudu macam tu bergantung pada bilangan hidangan


3.
Bahan-bahan untuk ditumis:

1. Bawang merah
2. Bawang putih
3. Halia 
4. Butter

4.
1. Panaskan sedikit minyak masak
2. Cairkan butter
3. Masukkan bahan-bahan tadi - tumis sehingga bertukar warna
4. Masukkan tumisan ini di dalam periuk nasi yang berasnya sudah dibasuh. Selepas itu boleh letak daun pandan, kiub ayam & sedikit serbuk kunyit untuk warna nasi kuning

5.
Setelah bahan-bahan tadi digaul, letak dalam rice cooker & masak.

6.
Bahan-bahan untuk sambal:

1. 1 cili besar
2. 7 ulas cili padi (lebihkan kalau nak lagi pedas)
3. 1 biji tomato
4. 3 senduk air rebusan ayam

7.
1. Potong bahan-bahan sebelum dimasukkan dalam blender
2. Masukkan 3 senduk air rebusan ayam
3. Blender sehingga sebati & hancur

8.
1. Cili yang di blend tadi dimasak di atas dapur
2. Campurkan gula, garam, air, sedikit cuka
3. Season to taste
4. Masak sehingga sedikit pekat lepas tu tutup api

9.
Bahan-bahan untuk perap ayam:

1. Kicap manis
2. Sos tiram
3. Madu

Gaul semua bahan-bahan di atas bersama dengan ayam yang direbus tadi. Saya tak tambah garam sebab sos tiram dah masin. Kuantiti tu saya agak-agak saja. Sorry memang tak reti nak sukat-sukat ni.tongue emoticon

Bila dah sebati perap selama 1 jam. Kadang-kadang bila nak cepat perap selama 30 minit pun dah ok tapi lagi lama perap lagi best grin emoticon

Kicap perapan tu jangan dibuang. Tuangkan dalam mangkuk sebab ianya akan diguna untuk makan bersama nasi nanti


10.
Panaskan minyak sehingga betul-betul panas. Perlahankan api & masukkan ayam yang diperap tadi. Goreng dalam 3 - 5 minit macam tu sehingga bertukar warna koko.

11.
Sup ayam:

1. Air rebusan ayam tadi
2. Sup Bunjut
3. 1 kiub ayam
4. Sedikit garam
5. Season to taste


Hasil ayam goreng, sambal & sup.

12. Siap!

No comments:

Post a Comment