Bahan-bahan:
Cup plastik
Sagu
Pati sirap
Gula merah
Susu cair
Cara buat:
1. Masak air gula merah.
Agak-agak sendiri saja banyak mana. Nak buat banyak, masak la banyak-banyak. Kalau nak buat setakat 4-5 cup, 5 senduk cukup dah. Masak sampai mendidih. Sampai tiada ketul-ketul gula merah. Sampai pekat. Dah mendidih, nampak pekat, likat, biar sebentar dalam 15 minit. Bila sudah agak sejuk sikit, tuang sikit dalam cup plastik. Jangan terlalu banyak sangat.
2. Masak sagu.
Didihkan air dulu, lepas tu bubuh pati sirap. Selepas air dah mendidih, masukkan sagu & kacau dalam seminit dua. Tutup api dapur & bila dah agak kembang sagu tu, tuang terus dalam cup yang di isi air gula merah tadi.
3. Susu cair
Dah selesai, sejukkan dahulu & baru tuang susu cair. Tutup cup tadi, lepas tu letak dalam peti ais.
4. Siap terhidang & boleh dimakan.

No comments:
Post a Comment